Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Mendidik/Memperlakukan Anak Agar Baik & Pintar

Cara Mendidik & Memperlakukan Anak Yang Baik & Pintar serta bukti dari segi sains
Sebenarnya Ada banyak cara untuk membesarkan anak dengan mengikut acuan dari para pendidik dan pengalaman sendiri.Ada yang bilang kelakuan anak berdasarkan keturunanya,itu benar bisa juga salah.
Bagaimana kalau dengan bukti sains yang serba-sedikit dapat membantu? 
Mari kita bongkarkan bersama-sama.
1. Selalu bergurau, buat lawak dan ketawa bersama
Hasil kajian dari Economic and Social Research Councils’ Festival of Social Science pada tahun 2011 mengatakan dengan bergurau bersama anak-anak dapat membantu mereka dalam hubungan sesama manusia. Apabila ibu-bapa bergurau bersama anak-anak, diselangi dengan ketawa mereka, rasa sungguh bahagia.

2. Sentiasa bersabar dan berfikiran positif

Ibu-bapa jangan sesekali meluahkan perasaan marah atau negatif pada anak-anak. Apabila mereka dipelakukan dengan kasar, otak mereka akan diracuni dengan perihal negatif. Tambahan lagi, jika mereka mengalami pelakuan kasar yang sama ketika berada di rumah pengasuh. Seawal umur 5 tahun, anak bisa jadi agresif.itu akan tersimpan dalam otaknya dan menjadi-jadi apabila dewasa.

3. Tanamkan sifat bersimpati pada orang lain

Tidak bermakna tidak bersimpati pada diri sendiri. Namun, terapkan rasa simpati atas kesusahan orang lain. Jika nampak ada orang minta sedekah, ajar anak erti kesusahan. Berikan mereka setidak-tidaknya Rp1000; untuk disedekahkan. Mungkin nilai material tidak besar, tetapi ia akan memberi kesan jangka panjang yang amat mendalam.


4. Biarkan anak berdikari

Biarkan anak berdikari
Ajar anak ikat tali sepatu sendiri pada usia skitar 5 tahun.
Bukan ibu-bapa tidak sayang. Setidak-tidaknya, kita lihat mereka berusaha dengan kumampuan sendiri. Jika berjalan-jalan di luar, cuba biarkan anak beli makanan sendiri. Kita perhatikan dari jauh sahaja.

5. Elakkan bertengkar di hadapan anak

jika Ibu bapa berkelahi, anak biasnya jadi korbanya
Ini penting. Jangan bertenkar, memaki dan mencaci pasangan di hadapan anak. Ia akan memberikan kesan psikologi yang cukup hebat. Anak akan rasa runsing, tidak tenteram dan emosi tidak stabil. Kalau mahu bertengkar, silakan masuk dalam kamar.

6. Jaga kesihatan, elakkan tekanan

Kalau mahu anak sehat, ibu-bapa juga harus lapangkan fikiran.
‘Stress’ istilahnya pada zaman sekarang. Mungkin sebab kerja di kantor, mungkin juga sebab kerja-kerja rumah.Obat penaahan sakit bagaikan makanan harian.Ibu-bapa harus faham, bila mereka tertekan, anak juga terasa tempiasnya.

7. Ayah lebihkan masa dengan anak perempuan, ibu lebihkan masa dengan anak lelaki

Ini bukan sekadar soal genetika semata-mata. Ia adalah lebih kepada kemesraan. Selalunya, apabila anak semakin membesar, mereka masih lagi inginkan pelukan dan ciuman dari ibu-bapa sendiri. Walaupun selalu anak lebih rapat dengan ibu, mereka juga inginkan layanan istimewa dari ayah. Ini baru seimbang.


8. Biarkan anak ‘melawan’ kata Kita

Lihat sejauh mana anak-anak boleh mempertahankan diri
Bukan dalam erti kata ‘melawan’ dengan kurang ajar. Namun biarkan anak mepertahankan pendapat mereka sendiri. Ada kalanya, anak-anak merasa dia benar, itu karena mereka belum cukup matang. Sebagai ibu-bapa, biarkan anak meluahkan rasa hati dan hujah mereka. Dengar dan fahamkan. Bukan bermakna kita setuju, tetapi sekadar memberi peluang mereka berkata-kata.

9. Tak Usah berharap kepada anak yang sempurna

"Terima pencapaian anak kita seadanya"
Semua ibu-bapa mahu anak yang ‘perfect’ atau sempurna segalanya. Namun, tidak semestinya kita dianugerahkan anak yang begitu. Jika mereka tidak berapa bagus pencapaian disekolah, dekatilah anak dengan kasih sayang. Jangan marah-marah bagaikan tiada hari esok. Mungkin itu saja tahap yang mereka bisa capai. Dengan kata yang lain, ibu-bapa harus coba menerima hakikat yang anak mereka tidak seperti yang diharapkan. Terimalah mereka seadanya.

10. Fahami kehendak anak

"Tunaikan hajat anak-anak"
Semua orang merasa mereka lebih tahu cara mendidik anak. Namun, tidak semua anak berperangai sama. Mungkin ada yang sesuai dengan anak sulung, tetapi tidak pada anak kedua. Oleh kerana itu, penuhi kehendak anak yang berlainan. Bukan bermakna manjakan mereka dengan apa yang mereka pinta, tetapi lebih kepada penghargaan. Peneliti bernama Liliana Lengua dari University of Washington mengatakan ibu-bapa perlu mendukung kehendak anak berdasarkan permintaaan mereka.

Misal,Kalau anak inginkan sepeda, tentu dia akan berkata “Serunya lihat Amir (nama samaran) tu main sepeda.. kan ayah? Hebat euy...!! ”. Ia tidak secara terus terang, tetapi lebih kepada satu ‘signal’. Ibu-bapa harus cepat tanggap maksud tersirat sebegini.



Tanks to : siraplimau.com

Sumber: LiveScience, 10 Scientific Tips For Raising Happy Kids

Post a Comment for "Cara Mendidik/Memperlakukan Anak Agar Baik & Pintar"