Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Melawan Sifat Lupa

ingatkah sewaktu kita masih di bangku sekolah..? Surah-surah lazim dibaca  memang cepat kita hafal.Senang cerita, Juz ke-30 keseluruhannya kita sudah mahir... Hukum-hukum tajwid sangat mudah kita hafal. Bandingkan dengan keadaan sekarang. Berapa banyak surah yang kita hafal?

Dikatakan, untuk menjadi seorang yang hafaz Al-Quran, masa yang diperuntukkan untuk menghafal Al-Quran ialah sekurang-kurangnya 10,000 jam. Kalau kita kira, jika para tahfiz menghafal Al-Quran selama 24 jam tanpa henti setiap hari, mereka akan dapat khatam dan hafaz keseluruhan Al-Quran dalam masa 1 tahun 4 bulan saja. Namun itu mustahil, kerana pelajar tahfiz perlu makan, tidur dan solat serta melakukan kegiatan lain.

Berdasarkan perhitungan 10,000 jam tadi, jika mereka peruntukkan 8 jam sehari (lebih munasabah), ia lebih kurang 3 tahun 5 bulan. Bagaimana dengan kita yang begitu malas menyempatkan waktu 1 jam sehari untuk membaca Al-Quran? Ya, membaca saja, bukan menghafal..! Semoga Allah beri kita kekuatan untuk terus-menerus membaca dan menghafal Al-Quran.

Kembali pada topik lupa tadi, untuk pengetahuan, lupa didefinisikan sebagai suatu keadaan di mana sesuatu informasi yang diterima dan disimpan di dalam memori otak telah hilang.  Sementelahan itu, ibu yang pernah melahirkan anak sering dikaitkan dengan sifat lupa. Kata orang tua-tua, lebih kerap seseorang ibu melalui proses bersalin, lebih tinggi potensi untuk lupa karana terdapat urat yang telah putus. Adakah benar tanggapan orang tua-tua ini? Wallahu a'lam.

Penyakit lupa ini memang sering terjadi tidak kira peringkat umur. Sebenarnya, banyak faktor yang boleh menyebabkan kita lupa, bukan hanya wanita yang pernah bersalin saja. Orang lelaki, remaja, malah kanak-kanak juga  ada sifat lupa. Setiap sesuatu yang ada punca atau faktor, pasti akan ada jalan penyelesaian.

Mari kita semak bagaimana untuk mengatasi sifat lupa.


Makan kismis (semacam kurma)

Siapa yang tidak tahu kebaikan kismis. Bukan saja di kalangan umat islam, penganut agama lain yang juga bukan islam turut sependapat akan manfaat kismis dalam membantu daya ingatan. Bukan saja tidak akan lupa, malah seseorang yang mengamalkan makan kismis mampu menghafal dengan baik. Oleh sebab itu pengambilan kismis sangat digalakkan di kalangan anak-anak yang sedang dalam proses pembelajaran.


Makan kacang kacangan

Seperti juga kismis, kacang kacangan juga menjalankan peranan yang sama. Contoh kekacang yang baik untuk otak ialah kacang pistachio, kacang almond, kacang hazel (lihat gambar) dan lain-lain. Tambah stok kacang kacangan di dalam anggaran belanja bulanan.saran,Jadikan itu sebagai snack harian dan jauhi makanan tidak berkhasiat dan berperwarna seperti asam sitrat, pemanis buatan dan makanan siap saji. Singgahlah ke toko/kedai yang jual makanan dari Timur Tengah yang sekarang dapat dijumpai toko oleh oleh haji.


Berzikir/berselawat

Dalam Islam, berzikir membawa maksud menyebut dan mengingati Allah. Berselawat pula ialah mengingati rasul junjungan Muhammad S.A.W. Melalui zikir dan selawat, otak dan hati akan berada dalam keadaan tenang. Pada masa bertenang, otak mempunyai banyak ruang untuk berfikir dan menempatkan memori dengan lebih lama.


Membaca Al-Quran

Sebagai umat Islam yang sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan hadis, kita perlu melatih diri untuk bersahabat dengan al-quran. Jadikan Al-Quran sebagai teman kerana Al-Quran adalah sebuah buku yang lengkap untuk panduan hidup kita. Membaca Al-Quran akan menjadikan seseorang tenang di samping dapat berfikir dengan baik dan mengatasi sifat lupa.

Mengulang

Salah satu cara untuk mengelakkan diri daripada lupa ialah dengan teknik mengulang. Menurut kajian, sesuatu yang dilakukan secara berulang akan dapat disemat di dalam memori lebih lama. Sebagai contoh, jika ingin menghafal nombor telefon seseorang, sebut atau tulis berulangkali sehingga anda hafal. Teknik mengulang ini turut dipraktikkan di sekolah iaitu bermula dengan menulis abjad secara berulang-ulang agar pelajar dapat ingat, kenal dan tulis huruf dengan betul.

Membuat nota

Selain itu, sebagai langkah berjaga-jaga kepada si pelupa, satu buku nota atau aplikasi nota,jaman sekarang ada handphone  mungkin akan banyak membantu. Catatkan setiap perkara penting agar anda tidak lupa. Misalnya, anda dapat rencanakan barang keperluan sekolah anak-anak yang perlu dibeli. Selain untuk mengelakkan daripada lupa, membuat nota juga dapat menghindari diri dari berbelanja membabibuta. Ketiadaan daftar rencana belanja akan memungkinkan anda membeli barang yang tidak diperlukan.

Set ‘reminder’

Satu lagi aplikasi telefon android  yang patut digunapakai ialah ‘reminder’. Aplikasi ini amat sesuai digunakan untuk mengingati tanggal atau masa tertentu. Contohnya dengan memasang aplikasi ‘reminder’ untuk mengingati tanggal lahir insan istimewa, dan. ‘reminder’ juga biasa digunakan untuk tujuan mengingati waktu agar tidak terlewat ke tujuan penting.

Merancang

Sebagai orang tua pasti akan ada banyak perkara yang perlu difikirkan. Banyak yang harus diurus terutamanya hal ihwal rumahtangga. Tidak terkecuali hal-hal di kantor, hal keluarga di kampung, keluarga mertua, dan banyak lagi. Terlalu banyak berfikir tanpa rencana jelas akan menyebabkan terjadinya sifat lupa. Ibu perlu ada perancangan dalam kehidupan agar urusan lebih teratur dah otak tidak terganggu. Dahulukan urusan yang paling penting diikuti dengan yang lain.

Kesimpulannya, lupa sebenarnya bukanlah sejenis penyakit. Ia merupakan sifat negatif yang dapat diatasi dan dihindari. Dengan mengamalkan 8 perkara di atas, diharap dapat membantu para ibu terutamanya, untuk menghindarkan diri dari sifat lupa yang mengganggu ini. Penjagaan makanan adalah sangat penting. Tidak lupa juga dengan aktivitas seharian yang mempengaruhi sifat lupa. Sekiranya anda sadar anda seorang pelupa, segeralah mencari jalan untuk mengatasinya...

Semoga bermanfaat!

tanks to : Siraplimau.com

Post a Comment for "Cara Melawan Sifat Lupa"